shopee

Enam (6) Langkah Mula Menjual Di Shopee Walaupun Anda Newbie Dengan Mudah

Pernah menjual di Shopee? ataupun membeli? 

Tahu tak sebenarnya mudah nak menjual di shopee sekiranya anda sudah ada produk atau tak?

Di sini saya kongsikan salah satu langkah mudah bagaimana anda ingin belajar mencari idea menjual di Shopee😊

#1 Daftar akaun shopee

Daftar akaun shopee hanya perlu mengambil masa kurang dari 5 minit.

Buat sekarang atau anda akan lihat orang lain pergi lebih laju dari anda.

Nak cepat boleh belajar di sini –>

PANDUAN RAHSIA SHOPEE

#2 Daftar program 5kg free shipping semenanjung dan 1kg sabah sarawak

Shopee menawarkan program 5kg free shipping ke semenanjung dan 1kg ke sabah sarawak.

Means, kalau anda jual barang RM10 pun, jika anda apply program ini, shopee tanggung kos postage bernilai RM6-7 .

Menarik kan?

#3 Singgah ke kedai RM2 atau DIY

Di sini banyak barang yang anda boleh dapat dengan harga yang super murah.

Tapi, walaupun murah, anda kena pastikan produk itu at least berkualiti dan tidak mudah rosak atau pecah apabila diposkan.

#4 Borong dalam 10 unit produk (Fokus produk kecil dan ringan utk diposkan)

Kenapa 10 unit? Sebab untuk mula berniaga, at least kalau kedai RM2, 10 barang baru RM20.

Sekurangnya jika tidak terjual kita tak ada rasa bersalah sangat. Nama pun berniaga. Less risk is better😉

#5 List kan di shopee dengan mark up RM3-5/produk

Kalau anda rasa barang tersebut boleh dijual dengan harga lebih mahal, mark up lah.

Di Shopee, orang membeli kadang bukan disebabkan harga, tetapi sebab mudah dapat atau rating.

#6 Ada bajet lebih, pum ads RM3/hari.

Shopee menawarkan slot pengiklanan bagi mereka yang ingin produk mereka duduk di hadapan sekali apabila carian dilakukan.

Ala-ala Google Adwords.👌

“Betul ke boleh jual?”

Jangan risau, barang bawah RM10 walaupun tak untung banyak, tapi orang yang masuk shopee ni biasanya akan tend untuk beli walaupun tak perlu👌

Barang murah kan?!

Mungkin anda tertanya barang apa boleh jual kat Shopee?

1- Jual Ebook boleh ke?
– Boleh

2- Jual preloved boleh ke?
– Boleh

3- Jual kuih raya boleh ke?
– Boleh sangat😅

“Wah, bestnya!”

“Macam mana saya nak belajar menjual di Shopee dengan lebih berkesan?”

Ha…

Di sini saya kongsikan satu panduan yang telah dihasilkan oleh Tuan Azian Usman untuk membantu mereka yang mahu mula berniaga di Shopee. 

Boleh dapatkan di sini–> PANDUAN RAHSIA SHOPEE

Jangan lupa share ya dengan rakan-rakan yang lain👌

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.