Kedai HQ vs Kedai Agen Dalam Shopee

Mungkin di Facebook korang pernah nampak HQ punya iklan sangat mendominasi audience di Facebook.

Mana tidaknya, HQ kebiasaannya mempunyai modal yang jauh lebih besar hasil dari jualan retail & agen.

Jadi wajarlah mereka mempunyai bajet yang besar untuk melaburkan kembali sebahagian keuntungan tersebut pada marketing.

Pandangan saya, berdasarkan pengalaman mengendalikan beberapa klien di FAMES, kami mendapati jumlah bajet marketing yang dilaburkan oleh HQ banyak mempengaruhi jualan agen-agennya.

…walaupun mereka juga menjual secara retail.😊

Namun bukan itu yang saya ingin fokuskan pada post ini.

Saya ingin tekankan lebih kepada persaingan sihat antara kedai HQ dan kedai agen di Shopee (Sebuah Marketplace yang semakin terkenal di Malaysia)

Ada yang mungkin bertanya…

“Kalau HQ bukak kedai dalam Shopee, macam mana pelanggan nak beli dari kami agen-agen ni? “

“Mesti sales drop kalau HQ masuk shopee sebab orang mesti nak beki dari HQ!”

Malangnya…

Statistik menunjukkan sebaliknya!

Kedai agen malah selalu mencapai jualan lebih tinggi daripada kedai HQ jika mereka boleh praktikkan 5 idea ini!

#1 Berikan Nilai Tambah Dalam Jualan

 

Nilai tambah boleh diberi dalam bentuk hadiah atau apa-apa yang boleh membantu pengguna memilih kita berbanding orang lain.

Contohnya: Beli Honor 10 dengan harga Rm1599 dan anda bakal menerima 4 hadiah bernilai lebih RM100.

#2 Paparkan Gambar Yang Menarik & Cerah

Gambar yang menarik dan cerah membantu produk kita diklik oleh pengguna ketika pengguna sedang melakukan survey barang.

Selain itu gambar yang menarik memberi daya tarikan yang berbeza jika ingin dibandingkan dengan gambar yang tiada unsur ‘tarikan’.

Antara contoh gambar yang anda boleh guna adalah menggunakan border tebal berwarna merah atau oren.

 

border iklan shopee yang cantik

(Sumber: Shopee.com.my)

 

#3 Paparkan Hadiah & Nilai Tambah Dalam Gambar Utama Produk

Hadiah, voucher atau apa jua bentuk nilai tambah yang membezakan kita dengan HQ, letakkan dalam gambar utama.

Lihat contoh di bawah:

nilai tambah dalam iklan shopee

(Sumber:Shopee.com.my)

Menarikkan? hehe

#4 Waranti & Jaminan

Ada sesetengah HQ tidak memberi jaminan atau waranti pada produk mereka.

Tetapi, digantikan dengan margin keuntungan yang besar diberi pada agen-agen mereka.

Jesteru, agen-agen boleh menambah inisiatif sendiri dengan memberi waranti atau jaminan pemulangan wang jika ada kerosakan atau apa jua risiko yang boleh ditanggung oleh penjual.

Mengikut kajian, walaupun kita memberi 100% jaminan pemulangan wang atau waranti, hanya 2-3% dari pembeli yang akan ‘claim’. 

Tidak rugi! Cubalah!

#5 Iklan Menggunakan Shopee Ads 

Untuk pengetahuan anda, Shopee anda menyediakan platform ads yang berfungsi seperti Google Adwords.

Iklan shopee ads ini menggunakan konsep bidding dan keyword search. 

Jika anda takut untuk rugi banyak dengan beriklan cara salah dalam shopee ads, saya sarankan anda dapatkan panduan ‘Rahsia Shopee” di sini.

Shopee Ads ini membantu iklan anda duduk di kedudukan atas sekali dalam carian keyword.

Bayangkan kalau 1000 orang search produk anda, dan anda berada di kedudukan atas sekali? At least mesti sangkut dalam 1-2 sales untuk permulaan.

cara beriklan menggunakan shopee ads

(Sumber : Shopee.com.my ~ Gambar produk yang menggunakan Shopee Ads ada lambang iklan/ads di gambar produknya)

Kesimpulan

Praktikkan 5 idea menarik di atas untuk bersaing secara sihat dengan HQ, dan buktikan pada mereka, anda boleh buat lebih baik dari itu!

Satu lagi sebelum terlupa, jaga rating dan review dari customer anda. Sekali dapat rating 5 star, kekalkan!

Jaga kualiti, pos segera, dan berinteraksi dengan pantas. Ada rezeki boleh jadi preferred seller.

Nak belajar cara strategik bagaimana jana 4-5 angka sebulan dengan shopee?

Boleh dapatkan Panduan Rahsia Shopee di sini. 🙂 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.